Aku bukan lapan tahun

tak semestinya aku merokok , kalau aku melepak dengan perokok .
tak semestinya aku clubbing , kalau aku melepak dengan kaki clubbing .
tak semestinya aku mencuri , kalau aku melepak dengan pencuri .

mudah kata :
tak semestinya aku jahat , bila aku melepak dengan budak jahat .

kawan ada banyak jenis , macam-macam perangai ada . kita tak perfect , masing-masing ada perangai sendiri . misalnya , ada kawan aku merokok , aku terus kena buang dia la ? so what if diorang perangai macam tu ? bagi aku , it's not a big deal . itu hal diorang , bab kawan , tetap kawan . dia tak buat celaka dengan aku , jadi tak ada sebab untuk aku dah tak kawan dengan dia .

aku pelik kenapa ada otak-otak yang fikir , kalau aku berkawan dengan orang perangai teruk sikit , aku pun sekali dua-kali-lima .

' yela , sebab you kawan dengan diorang , so i thought maybe you pun sekali macam tu la '

muka aku ni ada rupa macam tak reti beza mana taik mana bunga ke ?

11 comments:

Anonymous said...

itulah orang kata pilih kawan, orang tua pernah kata kalau nak tengok diri seseorang tue tengok dia berkawan dengan siapa.. jadi kau jgnlah salahkan orang yang berprasangka macam tue.. kan ? =)

amirah said...

aku sokong apa yang anon nie tulis. no doubt.

Syaza Shaker said...

Jadi sila fikir kalau keseluruhannya mempunyai bad attitudes, adakah kita harus alone tak perlu berkawan? Bukan nak salahkan kata orang tua tapi kita perlu kembangkan lagi pemikiran kita.

Kita tahu siapa diri kita bukan orang lain.Mulut orang sampai mati kita tak boleh nak tutup.

jaja . said...

aku sokong shaker .
sebab aku terfikir , kalau aku pilih kawan pada awalnya , then boleh je someone tu pada mulanya baik , tiba-tiba berubah , takkan aku kena terus buang dia ?

Syaza Shaker said...

Ya Jaja.Semua terletak pada hati kau.Cuma kau tahu mana nak beza baik buruk.

Apa yang kita nampak jahat, tak semestinya benda itu jahat.Dan apa yang kita nampak benda itu baik, tak semestinya baik. *Ini kata-kata lecturer aku*

Teeha Mohd said...

bukan senang nk puaskan hati semua org and somepeople have narrow minds

jaja . said...

bagi aku , ikut aku nak kawan dengan siapa . yang penting , aku tahu jaga diri aku .

Anonymous said...

kawan je dengan sapa2 kau suka. habis cite. diorang bukan tau pasal kawan2 kau. kau je yang kenal diorang. pandai2 la kan jaga batas n diri. haha

Unknown said...

org akan pandang lua dulu baru dalam..buruk dulu baru baik..adat manusia mmg mcm tu..

harap tsunami pun blum tentu dorg dpt brubah kan..

Ahmad Hamdan said...

pesan dekat manusia tu suruh dia masuk tadika balik . hidup jangan cepat sangat nak mengecop orang . tak kenal luar dalam jangan main tembak je .

jaja . said...

bfznlylee : aku buat macam tu la sekarang ni .

nuyuin : totally agreed !

arep : aku malas nak bercakap dah . dia tak faham . sebab tu dia boleh cakap macam tu .