satu malam , baru-baru ni . ada lelaki berjambang lebat , agak berumur , datang ke secret recipe dengan isteri dan anak-anaknya . wahh riuh belaka . family bahagia la katekan .
esoknya , ada seorang perempuan duduk seorang diri kat luar . aku pun tanya , ' nak order apa-apa ? ' . dia jawab , ' sekejap lagi la eh . saya tengah tunggu kawan ' . tak lama kemudian , kawan dia datang . aishh macam kenal je . wahh laki semalam yang datang dengan family dia tu la . kali ni dengan kawan katanya , tapi bila keluar kedai , berjalan sambil berpegang tangan gitu , aww .
semalam , datang lagi lelaki tu , kali ni , ehem-ehem . dengan perempuan lain pula . muda pulak tu .
si jaimi cakap , tak apa , biar kita fikir positif . mungkin perempuan kedua tu client dia . tapi berpegang tangan eh . kalau bini kedua ? tapi kenapa perempuan tu kata die tunggu kawan . abistu perempuan ketiga apa pulak ? anak angkat ? siap guna i youu tu ape cer . haha
sudah ! tak boleh nak fikir positif . dia memang BUAYA berkurap . dasar lelaki tua tak sedar diri . kesian , dah tua pun nafsu menggelegak lagi eh .
jaimi cakap , ' ja , cuba kau amik dia jadi sugar daddy , konfem apa-apa kau mintak , mesti dapat ' . YEKK , mati hidup balik pun aku tak hingin .
uyy kawan-kawan aku yang lelaki , tolong lah dah tua nanti , jangan macam ni . jangan la WEH .
No comments:
Post a Comment