Rindu Awek-awek Aku

memang benda yang dirasa dulu takkan sama lagi dengan benda yang dirasa lepas ni . macam mat salleh cakap , ' things will never be the same ' .

' aku tak suka bila orang tinggalkan aku '
' kau ingat tak perit ke nak tinggalkan orang ? '

senang cerita , dua-dua perit . jadi dua-dua kena KUAT . air mata kena kesat . lepas tu senyum sampai telinga .

itu lah hidup . tak semua orang boleh stay sampai bila-bila . orang datang dan pergi . tapi aku tahu , diorang yang pergi tu , sekejap , nanti diorang datang balik . kadang-kadang dalam hidup , ada benda yang kita tak suka , tak mahu buat , tapi kita terpaksa buat , bukan untuk kesukaan kita , tapi memang kemestian . tak boleh selalu nak ikut hati sendiri je dalam hidup ni . kalau nak ikut hati sendiri je , kena buat dunia sendiri la kan , baru boleh .

mesti hidup lain bila diorang takde . tapi diorang jauh pun , teknologi kan hujung jari  . facebook ada , skype ada . walaupun tetap tak sama , tapi atleast okay sikit kan . diorang boleh still buat aku gelak through internet kan ?

Maslina , Filza , Aida .
aku rindu korang . aku selalu tunggu korang balik sini .

No comments: