ini gambar terakhir aku dengan abah . itu aku 9 tahun , buruk kan aku . abaikan wajah hodoh aku . yang penting , hero aku tetap hebat kan ?
aku ingat , dulu masa aku lapan tahun . abah ajak solat dengan abah . lepas solat , baca al-fatihah then doa . well , aku kecik kan . berfikir macam hape . masa baca al-fatihah pon aku goyang sana-sini . bila salam abah . abah usap kepala , cium dahi . then abah pesan ;
' nanti kalau abah dah takde , jangan main-main bila baca al-fatihah . jangan lupa baca al-fatihah lepas solat . sebab al-fatihah tu la aja sedekahkan untuk abah nanti . abah nak anak abah doakan abah bila abah takde nanti ' .
menitis air mata abah bila cakap camtu . abah menangis . aku mampu berdiam diri je masa tu . tapi sekarang , aku pula yang titiskan air mata .
setiap kali aku baca al-fatihah . wajah hero aku sahaja yang aku terbayang .
Abah , aja rindu HERO aja .
6 comments:
kita semua ada hero masing-masing kan? kalau aku pulak. hero aku mak aku. ehheee.. :D
:')
al-fatihah~
jaja. sedih. sorry. :'(
alfatihah ..
i like this one:)
Post a Comment