Everyday ,

aku takut nak bangun pagi-pagi .
aku takut nak sedarkan diri pagi-pagi .
aku takut nak celikkan mata pagi-pagi .

bukan sekadar takut . aku tak berani . tak ada kekuatan .

aku takut nak hadapi apa segala yang akan jadi untuk hari yang aku boleh bangun . untuk hari yang aku boleh celikkan mata . bila bangun , aku fikir , apa akan jadi hari ini ? terlalu takut .

kau tahu , susah nak bangun bila kita sedar sekeliling dah tak seperti selalu . hari-hari dah tak seperti selalu . hidup dah tak seperti selalu .

aku lagi rela hidup dengan mimpi dari hidup dengan kenyataan aku sekarang .

sebab aku tahu , dah tak ada ' bahagia ' .

3 comments:

Syaza Shaker said...

Realiti tak selalu membahgiakan. Tapi kita masih bisa mengubah semua. Jangan terlalu lemah dan tanamkan kekuatan dalam diri kau. Aku tahu kau seorang yang kuat, Jaja :')

You're not alone anyway.

rara said...
This comment has been removed by the author.
rara said...

merpati putih yang kehilangan sayap kiri;
bergantung dengan sayap kanan.
terbangnya gagal;
jalannya janggal.

dan dahan-dahan semakin payah dicapai;
sampai-sampai keinginannya jadi setengah;
seperti sebelah sayapnya yang tinggal.

dilawan;
hati gentar pada kemampuan.
ditunduk;
jiwa walang tak rela dikontang.
jadi titik tengah;
temunya dua simpang.

semula belajar terbang;
atau mengalah pada keadaan.

*untuk kau. i'm pretty sure you'll choose the first option. and one day, you'll fly high