Pagi tadi bangun , aku terus pergi jenguk mak buat apa . khusyuk dia tanda kertas sejarah spm sampai tak sedar aku ada . tiba-tiba dia gelak .
Aku : mak ! tak baik la gelakkan jawapan dia .
Mak : masalahnya soalan tanya , apakah lagu kebangsaan negara kita . dia jawab ' Terang Bulan ' .
Aku : *terkejut . *terkejut . *terkejut . *terkejut . Hahahaha .
okay sekejap , siapa yang baik sangat buat soalan spm camtu , melampau senang . ini-sangat-tidak-adil . aku spm dulu tak ada pun soalan macam tu . mak cakap , sebab tu la orang buat soalan macam ni sebab dia tahu ada orang tak boleh jawab .
part pelik . soalan tu soalan berdasarkan petikan , petikan diberi , lagu negaraku full . boleh budak tu jawab tajuk lagu kebangsaan , terang bulan ? mak cakap , soalan budak tadika boleh jawab , ni dah spm pun tak boleh . malu anak malaysia .
sekolah dia tak suruh nyanyi lagu negaraku ke ? ohh budak tak pergi sekolah kot .
entah lah , kelakar sangat . eh common la , kau dah duduk malaysia berapa lama ? bagi aku , kalau kau buat perangai macam ni , baik cakap direct kat parents kau , tak nak spm , takde la bazir duit diorang . aduh .
ops takpe fikir positif , mungkin dia membesar kat London . pindah duduk malaysia , terus spm . okay aku faham .
*nak je aku tangkap gambar kertas tu , malangnya tak boleh . haha
1 comment:
haha,sengalnya..
ish..mula harinie,kena praktis lirik negaraku..
takut aku pun jd sengal cam budak tue..huaaa
Post a Comment