Masa depan Gelap .

Abah sakit dulu , dia menangis , dia genggam tangan aku kuat-kuat . dia cakap ,
' Aja nanti dah besar , jadi doktor eh . boleh ubat abah , abah dah tak larat dah sakit macam ni ' .

aku belajar sungguh-sungguh dulu . Alhamdulillah zaman sekolah dulu , result aku dapat dah cukup buat aku bersyukur . tapi kalau result aku menghampakan , aku menangis sebab aku teringat kata-kata abah . even dia dah pergi , aku terasa seolah-olah tu satu permintaan dia .

entah boleh entah tidak . bila dah jadi seorang siswi , makin lama makin bebal otak ni . usaha aku macam tak cukup . aku separa bodoh , separa bijak . tapi bodohnya macam dah berleluasa dekat kepala otak ni .

Mak pernah cakap ,
' ikut la kau nak jadi apa , nak kahwin terus ke , nak jadi tukang sapu sampah ke , mak tak kisah , itu masa depan kau ' .

see , mak aku sendiri pun macam dah putus asa dengan aku . aku dah tak tahu nak buat macam mana . fedup dah dengan diri aku .

seminggu lepas aku baru habis final . tak tipu , aku belajar gila macam bajet orang konon-konon genius . pulun habis . sebab aku tiba sedar , yang aku ni tak ada masa depan .

tolong doakan aku berjaya . sebab aku sedih . aku takut .

9 comments:

arep ismail said...

semalam aku fikir benda yang sama macam kau fikir ni . "aku ni tak ada masa depan" . tapi ramai kata jangan fikir macam tu . tak mesti keputusan tak bagus gelap masa depan .

jaja . said...

aku tahu , tapi macam dah mati akal . aku nak buat apa lepas ni .

Aza Aziz said...

Jangan mudah putus asa . Kau harus tanamkan dalam diri yang kau boleh dan mampu buat yang terbaek . InsyaAllah :)

jaja . said...

sedang menyakinkan diri . tapi lemah lagi . barai .

Syaza Shaker said...

Lagi senang, kau ingat kata-kata abah kau.Lagipun, kau ramai backup untuk bantu kau.Kau jangan risau.Jangan terlalu difikirkan masalah kau.Semua masalah ada penyelesaiannya.Kau harus yakin

AthirahSkinny said...

Ingat pesan abah kau. :)

nurulasmira said...

aja kuat. aku tau. pastikan abah kau bangga dengan kau. aku tau mudah nak ckp kau kuat, tp kau yg kena hadap. but i believe, this kind of words will let you keep your strength. :)

jaja . said...

Shaker : thankyou . aku cuba untuk kuat .

Skinny : i will :)

Asmira : thankyouuu .

pencaci jalanan said...

kalau la aku boleh cerita zaman aku lalui "masa depan gelap" cam kau, mesti sakit jari kau nak picit next.hehe kadang2 cara orang tua bagi perangsang nie lain sikit.so kau makan,kunyah & hadamkan sendiri.